Sunday, December 4, 2016

Cukuplah sekali

Born to sacrifice. Sebab Allah janji nak bagi hadiah kat aku kalau aku buat sebab Dia.

Dari dulu, aku buat sebab Dia. Bukan sebab manusia. Mengambil kekuatan daripada pejuang dahulu membuatkan aku terpaksa menelan perasan itu. Hanya Allah nampak air mata aku masa tu. Not even my mom, apatah lagi kawan. Bungkam sangat perasaan masa tu.

Sekarang kena telan benda yang lagi pahit. Daripada orang yang paling rapat, tapi aku tak boleh nak bersandar pun. Tak boleh cerita, tak boleh nangis. How i wish i could run far away. Far far away.

"Macam mana kita nak buat keluarga lain, kalau keluarga sendiri pun tak boleh handle?"

Sampai mati aku ingat benda tu. Kalau mati dalam keadaan Allah redha tu dah cukup. Aku minta maaf aku tak boleh buat yang terbaik. Minta maaf sangat-sangat.

Mati itu jodoh yang pasti. Yang pasti jugak, hati aku turut mati.

Tuesday, September 6, 2016

Malaih

Malas mengharap. Tak guna tunggu penghargaan orang yang TAK FAHAM.

Sedih bila ramai yang cakap nak korbankan macam-macam, tapi nak mintak fikir sikit pun tak boleh. Korban apa macam tu. Yang dia nak fikir, perasaan dia ja la. Mogok dia, kecil hati dia. Habih yang lain ni memang dasar hati biji timah ka apa? Boleh pijak-pijak camtu ja?

Haihh. Tapisan demi tapisan. Bersyukur masih berada dalam golongan yang sedikit.

Friday, September 2, 2016

Perlu ka?

Never be an attention seeker, or begging for sympathy. Kalau perasaan sendiri tak boleh handle, takyah sembang lebat pasai memimpin negara.

Ur nothing to be weak Saadah. Tolong la jangan malukan umat Nabi Muhammad. Ingat sampai mati.

Monday, August 29, 2016

Pedoman di hari muka

Kalau Melamar Srikandi Dakwah..
Muslimah yg menginfakkan diri ke jalan dakwah, pada asasnya jiwa kental. Waktu bujang dia sanggup meredah embun, dibakar terik siang, meninggalkan masa rehat, sanggup kerja lebih dari kudrat.
Fitrahnya dia lemah jasad. Tapi yg menjadikan muslimah itu gagah adalah emosi, dan pergantungan pada Allah..
Sewaktu bujang dia disokong oleh para sahabat. Ke hulu ke hilir, menangis bergelak bersama. Itu lah penguat semangat. Kalau jatuh dia akan diangkat. Kalau perlahan akan ada yg memimpin berjalan..
Lalu sang mujahid terpesona. Atas semangat juangnya. Atas petah katanya. Atas pintar akalnya. Memasang impian biar dialah yg mendidik anak-anaknya..
Sekali kau jadikan dia isteri, selamanya dia bergantung pada kau untuk terus berjuang. Kau yg akan menyambung tugas sahabatnya dulu - penyokong No 1!
Jangan sesekali biar dia lemas dlm lautan rumahtangga. Jangan padamkan seorang srikandi di medan dakwah..
Jikalau melamar srikandi dakwah,, jangan serik berkongsi suri hati dengan ummah!

Kuat

Aku tau ramai yang risau. Tapi biarlah mereka yang benar-benar ambik berat.
Tak ingin tagih simpati pada yang tak hirau, apatah lagi menadah tangan pada yang bukan bergelar sahabat.

Sombong kan seorang Saadah? Who cares btw.

Ummi cakap hanya yang benar-benar sayang akan doakan kita dengan seikhlas hati. Moga kita memberi dengan ketulusan yang sama. Ramai yang ingin menerima tanpa ingin memberi. Ramai yang inginkan sahabat tanpa mahu menjadi sahabat. How ironic.

Aku tau yang betul-betul sayang akan stay, dan still doakan aku for the way i am walaupun aku tak boleh lakukan benda yang sama. Hanya Allah yang mampu balas. Terima kasih pada yang mendoakan terang-terangan dan dalam diam. Yakin Allah membalas doamu berlipat kali ganda.

Being honest may not get you many friends, but it always get you the right one.

Tuesday, August 23, 2016

Murderer

I hate the trauma.

I'm afraid it would affect me too.
Silent kills.

Tuesday, July 19, 2016

Hati-hati dengan hati

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
As-Saff : 10-11

"Jaga hati".

First thing yang aku kena hadam sejurus mengenal jemaah. Dalam kepala, jaga ikhtilat. Rasa tak susah mana. Yang lelaki nampak baik-baik and i'm not that type of clingy girl. Sahabat perempuan bertambah lagi la baik, so i can attach with them seiring nak improve diri sendiri.

Pergi usrah, buat program, meeting, group Whatsapp, takda satu pun mencalarkan imej ikhtilat tu. Kalau ada masih boleh dikawal. Lama jugak aku cari significant nasihat jaga hati tu dengan apa yang aku buat sekarang. Tapi aku rasa macam aku ja la fikir pasal tu. It seems...odd. Macam orang cakap 'tolong jaga bunga tu' tapi DNA sehelai kelopak pun kau tak nampak.

And now, bila ada masalah baru nampak realiti nasihat tu. Bila ada cadangan yang tak dipersetujui, ada suara-suara yang membantah. Apabila ada yang tidak puas hati, maka jasad individu tersebut diserang bertalu-talu. Husnuzon tak payah cakap. Susah sangat nak singgah di hati. Tak masuk isu gerak kerja. Bab ada masalah, bukan main tuding jari masing-masing instead of sama-sama tutup kesalahan demi jaga aib. Harapan la nak selesai masalah bila semua nak tunjuk 'aku sorang ja buat keja'. Thiqah tu entah hilang ke mana.

Setelah beberapa tahun, baru faham maksud 'jaga hati'. Bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri. Jaga hati dengan Allah. Betapa tingginya thiqah kat sahabat-sahabt yang harus diterapkan sebagaimana kita sedar kita berukhuwah kerana Allah. Husnuzon itu mendahului kata-kata yang didorongi nafsu. Begitu juga adab bersama pimpinan. Lontarkan kata dengan hikmah bukan dengan amarah. Wala' pada perkara yang tidak melanggar batas syariat dan tidak menjadi batu api kepada mereka yang tidak sependapat. Taat pada perkara yang tidak dipersetujui itu membuahkan pahala. Bukan menghebohkan keputusan mesyuarat selepas tamatnya perbincangan.

Terlalu banyak memikirkan soal hati membuatkan kita lupa adab dengan jemaah, adab dengan Allah. Bukankah kita sudah berjanji untuk mengorbankan harta dan jiwa? Jiwa yang memberontak tatkala pandangan ditolak, justeru berlapang dadalah di atas keputusan yang berpandukan syara'. Usah berajakan emosi dalam memberikan pandangan. Mengorbankan perasaanmu untuk Islam dijanjikan perasaan yang lebih bahagia dari Dia. Dan hanya Dia yang mampu menganugerahkan perasaan tiu.

A thing to ponder. Kefahaman itu tidak mudah diperoleh, maka bersyukurlah bagi sesiapa yang bertuah selagimana Allah masih bagi hidayah. Gigit tali agama kuat-kuat. Moga kita istiqamah atas jalan Islam.

Tuesday, July 12, 2016

Balasan

Depression.
Distraction.

Masih aku percaya balasan Allah adalah yang terbaik. Sebagai bukti pengorbanan, sebagai hadiah ketulusan.

Taknak fikir. Tapi aku sedih. Penat sangat.

Can i just cry all day long?

Wednesday, June 1, 2016

Hmphh

Aku rindu orang aku nangis, orang rindu aku pun aku nangis. Apa nak jadi Saadah oi.

Moga Allah menjaga kalian.

Friday, May 6, 2016

And I say...

Awak kena banyak bersabar, they said.
Allah uji orang yang Dia sayang, they said.
Nanti Allah bagi hadiah sesuai dengan pengorbanan, they said.

Experience-ingly traumatized by experiences, always give us options. Pain does change people, so does happiness. Its either you want to take it positive or negative, live well or hell. Well basically I just let the person who gave the pain live like hell. I'll take the first choice. There is no point being such a pathetic heroine, am I right? Bhahaha.

A'int got time for lame fairy tales. Move on tu bukan bermaksud kau kena melupakan, ia bermaksud kau kena kuat dari sebelumnya.

"Awak sedang belajar dari buku kehidupan yang menarik dan live.."

I am, still and ongoing. Kehidupan orang lain, biar dia yang pakai. Walaupun drama tu masih berulang di atas pentas berbeza, itu tarbiyah yang nyata bahawa segala pengharapan hanya padaNya. Orang hebat, ujiannya juga hebat. Syukur Allah masih pelihara.

And I say.....let's rock the Jessie J's! XD

Friday, April 29, 2016

Ideologi

Pemikiran. Ideology. Falsafah.
Semuanya berkait rapat dalam menggembleng sel-sel otak untuk berfungsi dan berfikir melebihi kapasiti biasa otak. Menolak minda jauh dari zon selesa kepada zon jihad (bersungguh-sungguh dalam berfikir dan mengkaji) dalam mengenal pasti strategi musuh, supaya kita tidak menjadi umat buih, mahupun ahli gerakan Islam di bawah tempurung.

Antara 5 ideology atau warisan pemikiran yang telah meracuni umat islam sehingga ke hari ini ialah (ringkasan daripada Ustaz Fadhli Ghani) :


  1. Sigmun Freud - kejadian manusia adalah untuk memenuhi nafsu berahi. Nafsu itu adalah fitrah manusia, namun ia juga boleh menjadi fitnah jika tersalah cara. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah cara termudah dalam menjebakkan umat Islam ke kancah maksiat. Aktiviti-aktiviti lasak dijadikan alasan untuk mencampurkan kaum Adam dan Hawa. Fesyen- fesyen terkini yang menjadi jamuan mata juga salah satu cara dalam menaikkan nafsu berahi. Sebab orang takkan pandang sesuatu yang tak cantik, Fitrah manusia itu cinta kepada keindahan. Apabila tiba bab perkahwinan pula, kaum lelaki sering dimomokkan dengan berkahwin lebih dari seorang. Mentaliti yang telah ditanam kepada masyarakat hari ini adalah apabila sunnah Nabi dijadikan hijab dalam memenuhi keperluan seks mereka. Jika ada yang bertanya, "bila nak kawin sorang lagi?", sudah tentu yang terbayang di fikiran adalah seks. Jarang orang tanya "berapa kitab dah khatam?" atau "banyak mana hadis dah dihafal?". Ini membuktikan pengaruh-pengaruh ideologi sebegini telah berjaya dalam membudayakan masyarakat Islam dengan keperluan seks semata-mata, bukan lagi membudayakan ilmu dan ibadah. Keinginan seks yang melampau tanpa kawalan boleh merosakkan seluruh nasab dan keturunan.
  2. Charles Darwin - manusia dilahirkan untuk memenuhi sifat kebinatangan. Haiwan dijadikan tanpa akal dan iman, menjadikan mereka berbeza dengan manusia. Kehidupan sehari-hari hanyalah unutk mencari makan dan survival untuk hidup. Tidak mengenal halal haram, untung rugi, benar salah. Pergaulannya pula tanpa batas, ditambah dengan ketandusan akhlak yang langsung berbeza dengan sebaik-baik penciptaan manusia. Melahirkan manusia yang bertindak buas, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kepentingan dunia.
  3. Friedrich Nietzsche - dalam bukunya 'God is Dead', dinyatakan kebenaran itu dinilai berdasarkan keseronokan (hedonisme). Berbicara mengenai hedonime, kita tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan figura dalam membangunkan epistomologi hedonisme iaitu Epicurus of Samos (341-270 SM). yang kelak prinsip-prinsip ajaran tersebut dikenali sebagai Epicureanisme. Bermakna apa-apa sahaja yang mendatangkan keseronokan dan memuaskan hati ramai pihak, itulah yang benar. Sebagai contoh, konsert. Ramai pihak yang akan mengecam jika konsert diadakan atas alasan perkara yang melalaikan, tetapi kalau ditukar konsep seperti konsert amal, seolah-olah memberi tiket untuk menjadikannya 'halal'. Propaganda yang dimainkan atas nama Islam, menjadikan umat buta dalam menilai kebenaran, tuli dalam menolak kebatilan.
  4. Ideologi politik - manusia dilahirkan dalam keadaan bebas. Mengambil konsep liberti dan liberal, mendefinisikan yang setiap manusia mempunyai hak dan mengabaikan tanggungjawab. Liberti yang membawa maksud mencari kebebasan, menjadi pegangan rakyat Amerika khususnya dengan simbol patung Liberty yang bererti bahawa kebebasan bangsa Amerika untuk memilih keyakinan dan kesejahteraan, seperti bebas dalam memilih agama, pendidikan dan politik. Liberalisme pula membawa maksud memebebaskan diri daripada cengakman atau ikatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai "1. (bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan, ataupun fahaman bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas dan terbuka(tidak terkongkong dengan satu aliran pemikiran dan sebagainya)". Hal ini bercanggah dengan Islam kerana Islam telah memberi garis panduan yang harus dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sekadar mahukan nilai, tetapi juga kewajipan perlaksanaan Islam itu sendiri memerlukan manusia terikat dengan undang-undang syariat yang digariskan. Perkara ini yang ditolak oleh puak liberal.
  5. Feminisme - perjuangan kepentingan ataupun human right. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa : “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. ( Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan perempuan ). Fahaman feminisme adalah cambahan ideologi liberalism khususnya dalam aspek sosial seperti Sister in Islam yang menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Apabila kesamarataan itu disamakan dengan keadilan, pertikaian tentang hak itu sering dibangkitkan dalam memuaskan kehendak diri sendiri. Akibatnya apabila terlalu mengagungkan hak sendiri kononnya, sehingga golongan-golongan sebegini telah mencabul hak orang lain.

Ideologi-ideologi yang disebutkan di atas adalah antara banyak lagi ideologi yang diperjuangkan untuk menjatuhkan akidah umat Islam. Masyarakat yang tidak cakna dan kurang berwaspada tidak mustahil akan terjebak dengan propaganda dan dakyah yang dimainkan golongan kafir laknatullah. Semoga pengisian yang ringkas ini dapat membuka mata kita semua dalam menilai kebenaran dan kebatilan sejurus memantapkan ilmu dalam menghadapi cabaran pemikiran yang akan datang. Wallahu'alam.


Rujukan :

  • https://www.cla.purdue.edu/english/theory/psychoanalysis/freud.html
  • http://arti-definisi-pengertian.info/pengertian-politik-liberal/
  • http://www.kompasiana.com/retnalupitawati/patung-liberty-sebagai-simbol-liberalisme_5512bbdf813311490abc5feb
  • https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
  • https://nairadianaira.wordpress.com/tag/friedrich-nietzsche/
  • http://usulpe.blogspot.my/2015/05/nietzsche-moral-dan-politik-filsafat.html
  • https://pwkpersis.wordpress.com/2008/03/20/mengenal-hedonisme-lebih-dekat/
  • http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf
  • http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf
  • http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/532/1/Perjuangan%20Perempuan%20Dalam%20Karya%20Pengarang%20Perempuan%20Malaysia%20Dan%20Indonesia%20Di%20Awal%20Abad%20Ke-21.pdf

Monday, April 11, 2016

Al-Amin

Seringkali geli hati apabila melihat keletah kanak-kanak (pehal skema jawapan sangat ayat aku ni). Kanak-kanak ni cakap dari hati. Kalau ada ja benda yang dia nampak, dia akan cakap. Dia rasa something, dia cakap. Sebab budak-budak ni jujur.

Tapi bila dah dewasa, berlaku jujur adalah sesuatu yang rare. Rare tau rare? Rare tu macam tengok orang buat solat sunat atau jalan pegang tangan dengan mak ayah. Sebab apa rare? Sebab jarang orang buat. Bila jujur, jadi insecure, takut kena kecam, kena bahan. Maka mereka sanggup berbohong untuk meraih pujian dan diraikan ramai pihak. Sebab bila jujur, orang tak suka, orang marah.

Macam tu jugak bila kita cakap pasal Islam. Bila kita cakap hukum begini begitu, tak suka and then marah. Bagi yang tak tahan mula-mula kena cakap berlapik. Lama-lama terpaksa cakap bohong sebab takut tak dapat perhatian, takut kena marah. Lalu di mana nilai Islam yang sebenar? Sedangkan Islam itu mengajar kita untuk tahu apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kalau kita taknak kena marah dalam menyebarkan Islam, malu lah untuk mengaku umat Rasulullah. Kerana baginda adalah manusia yang paling jujur dan tidak pernah gentar akan ancaman manusia. Yakin dengan janji Allah itu asas akidah dan iman seorang Muslim. Dalam menghadapi cabaran serangan pemikiran akhir zaman ini, selalulah berdoa supaya kita istiqamah dalam menyampaikan kebenaran tentang Islam. Amin Ya Rabb.

Thursday, April 7, 2016

Balancing

Allah meraikan emosi manusia.

Terkadang sedih mengenangkan dosa, rebah nafsu di dada taubat.
Terkadang semangat berbakti di dunia, sabar menanti tuaian di akhirat.

Betapa kasih sayangNya melebihi murka cuma terhijab dek hati yang buta hikmah.

"Hope and fear are like a pair of wings. You need both to fly." - Imam Maturidi

Aim high, fly higher. Moga kita berhenti apaila diizinkan sahaja.

Monday, April 4, 2016

Circulation.

'Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di atas muka bumi ini.'
                                                     Muhammad :7

Satu pokok didefinisikan akan bermula dengan akar, kemudian batang, diikuti daun, bunga dan akhir sekali buah. Lantas diperlihatkan secara tersurat dalam kehidupan manusia akar itu sebagai akidah, batang sebagai ibadah dan hasil yang lain sebagai cambahan akhlak yang pelbagai rupa. Pemikir berhujah akan kepentingan 'hasil' pokok yang bermacam-macam itu, tidak kurang juga yang merendah-rendahkan cambahan yang lain. Batang punya kegunaan tersendiri yang pastinya lebih banyak kebaikan diperoleh daripadanya berbanding hasil yang lain seperti untuk kecantikan, kelengkapan rumah, kesihatan dan sebagainya.Begitu juga daun yang menghasilkan oksigen, tidak kurang pentingnya dalam memberi saham kelangsungan hidup manusia. Buah pula mencukupkan keperluan asasi manusia dalam memberikan tenaga zahir untuk meneruskan amalan sehari-hari.

Persoalannya, mana yang lebih penting? Jeng jeng jeng.
Kalau kita tengok dari pandangan mata kasar, akar sangat penting yang disamakan dengan akidah. Betul bukan? Dah angguk betul la tu. Melahirkan individu Muslim memerlukan stategi dan tingkatan pendidikan yang betul supaya tidak ada langkah yang tersadung. Dimulakan dengan memahatkan akidah keimanan kepada Yang Esa, diiring ibadah sehari-hari lantas mampu membentuk akhlak yang disegani.

Okay stop.

Selalu kita ditanya soalan yang tiada jawapan, ayam atau telur dulu? Kalau dalam kes pokok ini pernah diperdebat oleh sekumpulan pemikir, kalau tak ada batang mesti tak ada daun, kalau tak ada daun mesti tak ada buah dan yang sama kereta dengannya. Seolah-olah mempersoalkan, 'dia tak solat pun dia baik jugak.' Sedangkan dalam turutan kerangka Islam, ibadah yang baik itu akan melahirkan akhlak yang baik. Macam cakap, daun boleh tumbuh kalau tak ada batang.

Kalau nak fikir mana datang dulu, sempat jadi sekular sebelum habis khatam Quran. Nauzubillahiminzalik. Di sini kita boleh lihat perbezaan definisi baik yang digariskan Islam, ataupun definisi baik mengikut ideologi masyarakat semata. Kalau arahan Allah untuk menunaikan solat lima waktu pun tidak dilunaskan, bagaimana bisa dikatakan baik? Sebagai makhluk berakal, adalah sebaiknya digunakan untuk berfikir akan tarbiyyah Allah daripada siapa artis Korea yang akan bercinta lepas ni.

Okay berbalik kepada pokok. Ternyata perjalanan Islam tidak terhenti pada buah sahaja bukan? Bayangkan seseorang dah jadi Muslim yang baik. Setel. Tapi buah kan ada biji. Lepas makan buang kan biji tu. Itu bagi kita rakyat marhaen. Kalau baik sikit tanam. Eco green apa entah bak kata pengkaji alam sekitar. Lepas tanam jadi pokok baru. And that's what we called as circulation of a pokok. Buruknya bunyi. Pendek kata bila mana seseorang itu boleh dikatakan lulus menjadi seorang Muslim yang baik, sudah tiba masa untuk beliau menanam benih bagi melahirkan pokok baru bagi generasi akan datang. Tangga terdekat dimulai dengan keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam, khilafah Islam dan akhir sekali dunia Islam.

Masih jauh lagi perjalanan dalam kita nak menolong agama Allah. Namun Allah tidak memberi pahala berdasarkan keputusan, sama ada Islam menang ataupun tidak, tetapi atas usaha. Kerana Islam ini bukan untuk individu, tetapi untuk disebarkan. Maka berjalanlah tanpa henti. Kerana yang membayar penat lelah kita bukan manusia, tetapi Allah Yang Maha Kaya.

Belajarlah walau dari sebatang pokok. Moga ibrah yang digarap menjadi tiket menggapai redhaNya.
Sekian :)

Tuesday, March 15, 2016

Kena la berlagak.

Minggu ketiga di hospital, masih banyak perlu dipelajari dalam memahami liku-liku jantung manusia. Membaca kerenah dan realiti kehidupan juga tidak kurang hebatnya. Rencah suasana yang pelbagai coraknya. Cukup untuk aku simpulkan satu frasa - DO YOUR WORK.

Frasa yang seolah-olah menggambarkan tak perlu tolong orang lain, biarkan kalau orang lain dalam kesusahan dan sebagainya. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah seseorang itu buat kerja beliau, tanpa perlu masuk campur kerja orang lain dan buat-buat pandai seolah-olah beliau lebih mahir dalam bidang tersebut berbanding orang lain. In other words, berlagak.

Kekacauan yang berlaku apabila ahli farmasi cuba mendiagnos pesakit sedangkan itu kerja seorang doktor. Dan doktor cuba memberi ubat yang tidak kena pada dosnya. Begitu juga apabila semua orang mahu menjadi hebat dengan menyebarkan berita palsu di media sosial seolah-olah dia tahu semua benda di dunia tanpa menyelidik terlebih dahulu dengan sumber yang sahih. Minda yang diputar belit apabila ahli politik masuk campur hal pendidikan, ahli kewangan masuk campur hal agama, ahli akademik masuk campur hal masakan dan sebagainya. Apabila ikan cuba memanjat pokok, ia sebenarnya cuba memancarkan kebodohan diri sendiri yang sudah terang lagi berspotlight.

"DanKami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad) melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl : 43)

Tak payah berlagak. Stokin yang kita pakai kat kaki pun orang lain yang buatkan. Hidung tak mancung tak layak nak cucuk langit. Sekian.

Sunday, January 31, 2016

Iqra'

Kalau nak jadi penulis, kena banyak membaca dari menulis. Pelbagai genre yang boleh dipilih. Fiksyen, fakta, sains, bahasa dan banyak lagi. Dan aku perlu menyelam dan bukan setakat berenang untuk mendalami lagi kosa kata yang ada.

Ada orang membaca buku kisah peperangan. Ada orang baca buku falsafah. Ada orang hanya baca majalah yang berlonggok dekat rumah. Pada aku, tak kisah apa saja bahan bacaan, tapi keutamaan itu perlu ada, hampir pada kesemua aspek kehidupan. Membaca kehidupan juga salah satu 'genre' yang ramai sering terlupa ataupun kurang disedari. Itulah pengalaman.

Teringat satu kuliah apabila ada seorang ustaz ni menimbulkan persoalan,

"Apa siginificantnya Allah menurunkan Surah Al-Alaq sebagai wahyu pertama sedangkan Nabi Muhammad umumnya tidak tahu membaca dan menulis?"

Jujur, aku terkesima. Benar, seolah kita memberikan radio kepada si pekak atau cermin mata kepada si buta. Mana mungkin dimanfaatkannya. Sambungnya lagi,

"Kerana Allah mengilhamkan kepada baginda untuk membaca realiti kehidupan masyarakat Mekah. Kekuatan dan kelemahan yang perlu dikaji supaya dakwah dapat disebarkan."

Imam Ibn Qayyim Al Jauziah berkata dalam kitab I'lamul Muwaqi'in, syarat bagi seorang alim mujtahid ada dua; pertama menguasai bidang ilmu dan kedua, hidup di alam realiti bersama masyarakat.

"Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar dengan gangguan mereka." (At-Tirmidzi)

Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain juga gaya pembacaannya, laras bahasanya. Jangan sempitkan pembacan di atas aksara yang terzahir sahaja, tapi depangkan di dada kehidupan. Moga Allah menyuluh jalan sepanjang perjuangan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Ilmu itu bukan kefahaman, tetapi kefahaman memerlukan ilmu. Justeru, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan. :)