Friday, August 21, 2015

Kehidupan

Aku masih tersenyum, dengan segala dugaan yang aku hadapi.
Aku masih ketawa, dengan segala musibah yang tidak ku fahami.
Aku masih tenang, dengan segala kekecewaan yang menghantui diri ini.

Tak pernah dan taknak, mengatakan 'andai dapat ku putarkan masa semula'. Kerana mana bisa aku belajar jika kesilapan itu boleh dibuang. Mana mungkin aku jadi lebih baik jika memori itu hilang. Kita melihat dunia luar dengan mengharapkan akan ada teman yang bersam-sama dengan kita mengharungi pancaroba dunia. Namun kesilapan itu nyata apabila bukan teman, tetapi sahabat yang sentiasa berada di sisi.

Sampai satu tahap, kita tak akan faham kenapa dan mengapa sesorang itu boleh melakukan begitu dan begini. Kerana harta kah? Nyawa kah? Ego kah? Ataupun benar-benar ikhlas kerana Allah? Di saat dakwah semakin mengukuhkan tapak, fitnah juga licik mengorak langkah. Tetapi kita masih sudah terhantuk baru nak terngadah. Tidakkah kita belajar daripada sejarah? Bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jikalau kamu sendiri tidak mahu berubah. Ataupun kita sengaja mahu ambil mudah? Atas alasan, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Astaghfirullah.

Maafkan aku jua jika aku tersalah bicara. Cuma sedih atas kejadian yang menimpa Malaysia. Even diri kita sendiri yang kebanyakannya masih terlena. Yang dibuai terus terlena. Yang berjaga masih menyirna. Umpama tin kosong, tuturnya berjuta namun habuk pun tiada. Bukan dunia, tetapi kita yang menipu diri kita sendiri. Yang menghalusinasikan realiti dengan imaginasi. Yang menterbalikkan fana menjadi hakiki. Yang menjulang nafsu di hati!

Refleksi diri. Ubat bukan penawar. Andai dosa itu racun, jadikanlah taubat sebagai penawar. Kerana ubat hanya akan menyesuaikan diri kita dengan dosa, bukan sebagai penyembuhan yang nyata. Yuk, istiqamah hingga kemenangan.