Tuesday, March 15, 2016

Kena la berlagak.

Minggu ketiga di hospital, masih banyak perlu dipelajari dalam memahami liku-liku jantung manusia. Membaca kerenah dan realiti kehidupan juga tidak kurang hebatnya. Rencah suasana yang pelbagai coraknya. Cukup untuk aku simpulkan satu frasa - DO YOUR WORK.

Frasa yang seolah-olah menggambarkan tak perlu tolong orang lain, biarkan kalau orang lain dalam kesusahan dan sebagainya. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah seseorang itu buat kerja beliau, tanpa perlu masuk campur kerja orang lain dan buat-buat pandai seolah-olah beliau lebih mahir dalam bidang tersebut berbanding orang lain. In other words, berlagak.

Kekacauan yang berlaku apabila ahli farmasi cuba mendiagnos pesakit sedangkan itu kerja seorang doktor. Dan doktor cuba memberi ubat yang tidak kena pada dosnya. Begitu juga apabila semua orang mahu menjadi hebat dengan menyebarkan berita palsu di media sosial seolah-olah dia tahu semua benda di dunia tanpa menyelidik terlebih dahulu dengan sumber yang sahih. Minda yang diputar belit apabila ahli politik masuk campur hal pendidikan, ahli kewangan masuk campur hal agama, ahli akademik masuk campur hal masakan dan sebagainya. Apabila ikan cuba memanjat pokok, ia sebenarnya cuba memancarkan kebodohan diri sendiri yang sudah terang lagi berspotlight.

"DanKami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad) melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl : 43)

Tak payah berlagak. Stokin yang kita pakai kat kaki pun orang lain yang buatkan. Hidung tak mancung tak layak nak cucuk langit. Sekian.