Saturday, September 27, 2014

Huh?

If you don't understand my silence, how will you understand my words?


" Do you think I isolate myself from others?"
" What do you think?"

"Y'know what? I'd better be alone rather than being with people that make me feel alone"

Nodded. Understood.


"Suatu masa nanti, Saadah akan rasa hanya Allah tempat bergantung."

Thanks, akak.


"Akak tak rugi kehilangan kawan yang tak baik."


The time I needed you the most, and you left.
Staying like hell.
Saying as its a burden for you to leave me.

The time I needed you the most, but you left. Playing safe and leaving me alone to take the risk.
But now dare to questioning me about your trust towards me?
Enough is enough.
Dissapointed, not angry. Just dissapointed.



I won't try to fit in anymore. I can stand looking stronger in every way. I've nothing to lose.
Kita tak berpecah. Kita cuma dah pilih haluan hidup masing-masing. Dan aku dah pilih itu.

There is no reset button.
For the time you wasted, for the things you said.

Go ahead, chase you paradise. As mine, gonna be much better without you.

Tuesday, June 17, 2014

Mistakes

Assalamualaikum w.b.t.

As years passed, I learned. Through thick and thin, I learned the easy even the hard ways.
I learned from the people who dragged me down, and the people who brought me up.
I learned to sacrifice my ego, and to get rid of the sorrow.
I learned to forget the pain, by battling with the emotions and sane.



"Being an adult is a must. Being matured is an option." -M-

"Awak dah besar daripada dahulu. Dulu awak tak sabar. Sekarang, awak belajar."


Setiap orang mempunyai kisah tersendiri yang membentuk dirinya sekarang. Tarbiyah dari Tuhan, menentukan ketajaman akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Tetapi usah biarkan diri kita sekarang dibayangi masa silam sehingga memberi kesan kepada masa depan. Let not your mistakes defined you, but how you learn from the mistakes mold you.

Thanks.
To you, you and you.
If I didn't make mistakes, I will never learn.



"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yag terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung kejahatan yang dilakukannya."
(Al-Baqarah : 286)

Wednesday, February 26, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Atau salam sejahtera ke atas kamu. Lelaki perempuan. Muslim dan non muslim.

Diceritakan satu riwayat di mana ada seorang kafir telah menyapa Rasulullah s.a.w. dengan menyebut 'Assamualaikum' dan baginda menjawab 'Alaikum'. Di mana perkataan 'Assamualaikum' bermaksud 'celakalah ke atas kamu' dan diikuti jawapan baginda 'Alaikum' yang membawa maksud 'dan kamu juga'. Lalu Saidatina Aisyah yang menemani baginda pada waktu itu bertanya,

"Tidakkah kamu dengar apa yang dia katakan tadi wahai Rasulullah? Dia mencelakakan ke atas kamu." Saidatina Aisyah langsung mengembalikan ucapan kecelakaan itu kepada lelaki kafir tadi.

"Ya, aku mendengarnya. Tetapi bukankah Islam menganjurkan kita untuk bercakap dengan bahasa yang lebih lunak?"



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."

Al-Ahzab : 21




Kerana mulut badan binasa. Hakikat zaman teknologi yang sukar dibendung. Lebih canggih, bukan sahaja meniti di bibir malah sudah bijak bermain-main kata melalui hujung jari jemari juga. Hebatnya manusia. Sanggup mempertaruhkan pertalian persaudaraan semata-mata kerana ego.

Mengapa manusia sukar memaafkan? Bukankah memafkan itu lebih baik ganjarannya? Ah, mana mungkin aku mampu membaca hati manusia yang berbolak-balik. Ditambah lagi dengan nafsu yang tiada penghujungnya. Cacian makian yang sentiasa bermain di hujung lidah bagaikan sudah sebati dalam hati. Lalu bagaimana pula lidah yang sama mahu mengingati Illahi?

Terkocoh-kocoh manusia memburukkan yang lain, tanpa mempedulikan hati terluka. Madah berbisa, seribu tahun belum tentu dapat memulihkan rabaknya jiwa. Sampai bila, harus kita mengharungi ini semua? Tanpa sedar kita menambah dosa yang sedia ada. Tentunya peringatan untuk aku juga.

Lupakah kita pada pesan Rasulullah s.a.w.? Lupakah kita pada anjuran Islam? Lupakah kita apa makna Muslim yang sebenar? Usah menjadikan alasan 'Allah knows what in every heart' untuk menyemburkan kata-kata nista. Habluminallah wa habluminannas. Jagalah hubungan baik dengan Allah dan juga sesama manusia.



Dari Anas bin Malik r.a. : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mecintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.



Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Orang Islam bagaimanakah yang paling baik?" Jawab baginda, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya."