Friday, April 29, 2016

Ideologi

Pemikiran. Ideology. Falsafah.
Semuanya berkait rapat dalam menggembleng sel-sel otak untuk berfungsi dan berfikir melebihi kapasiti biasa otak. Menolak minda jauh dari zon selesa kepada zon jihad (bersungguh-sungguh dalam berfikir dan mengkaji) dalam mengenal pasti strategi musuh, supaya kita tidak menjadi umat buih, mahupun ahli gerakan Islam di bawah tempurung.

Antara 5 ideology atau warisan pemikiran yang telah meracuni umat islam sehingga ke hari ini ialah (ringkasan daripada Ustaz Fadhli Ghani) :


  1. Sigmun Freud - kejadian manusia adalah untuk memenuhi nafsu berahi. Nafsu itu adalah fitrah manusia, namun ia juga boleh menjadi fitnah jika tersalah cara. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah cara termudah dalam menjebakkan umat Islam ke kancah maksiat. Aktiviti-aktiviti lasak dijadikan alasan untuk mencampurkan kaum Adam dan Hawa. Fesyen- fesyen terkini yang menjadi jamuan mata juga salah satu cara dalam menaikkan nafsu berahi. Sebab orang takkan pandang sesuatu yang tak cantik, Fitrah manusia itu cinta kepada keindahan. Apabila tiba bab perkahwinan pula, kaum lelaki sering dimomokkan dengan berkahwin lebih dari seorang. Mentaliti yang telah ditanam kepada masyarakat hari ini adalah apabila sunnah Nabi dijadikan hijab dalam memenuhi keperluan seks mereka. Jika ada yang bertanya, "bila nak kawin sorang lagi?", sudah tentu yang terbayang di fikiran adalah seks. Jarang orang tanya "berapa kitab dah khatam?" atau "banyak mana hadis dah dihafal?". Ini membuktikan pengaruh-pengaruh ideologi sebegini telah berjaya dalam membudayakan masyarakat Islam dengan keperluan seks semata-mata, bukan lagi membudayakan ilmu dan ibadah. Keinginan seks yang melampau tanpa kawalan boleh merosakkan seluruh nasab dan keturunan.
  2. Charles Darwin - manusia dilahirkan untuk memenuhi sifat kebinatangan. Haiwan dijadikan tanpa akal dan iman, menjadikan mereka berbeza dengan manusia. Kehidupan sehari-hari hanyalah unutk mencari makan dan survival untuk hidup. Tidak mengenal halal haram, untung rugi, benar salah. Pergaulannya pula tanpa batas, ditambah dengan ketandusan akhlak yang langsung berbeza dengan sebaik-baik penciptaan manusia. Melahirkan manusia yang bertindak buas, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kepentingan dunia.
  3. Friedrich Nietzsche - dalam bukunya 'God is Dead', dinyatakan kebenaran itu dinilai berdasarkan keseronokan (hedonisme). Berbicara mengenai hedonime, kita tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan figura dalam membangunkan epistomologi hedonisme iaitu Epicurus of Samos (341-270 SM). yang kelak prinsip-prinsip ajaran tersebut dikenali sebagai Epicureanisme. Bermakna apa-apa sahaja yang mendatangkan keseronokan dan memuaskan hati ramai pihak, itulah yang benar. Sebagai contoh, konsert. Ramai pihak yang akan mengecam jika konsert diadakan atas alasan perkara yang melalaikan, tetapi kalau ditukar konsep seperti konsert amal, seolah-olah memberi tiket untuk menjadikannya 'halal'. Propaganda yang dimainkan atas nama Islam, menjadikan umat buta dalam menilai kebenaran, tuli dalam menolak kebatilan.
  4. Ideologi politik - manusia dilahirkan dalam keadaan bebas. Mengambil konsep liberti dan liberal, mendefinisikan yang setiap manusia mempunyai hak dan mengabaikan tanggungjawab. Liberti yang membawa maksud mencari kebebasan, menjadi pegangan rakyat Amerika khususnya dengan simbol patung Liberty yang bererti bahawa kebebasan bangsa Amerika untuk memilih keyakinan dan kesejahteraan, seperti bebas dalam memilih agama, pendidikan dan politik. Liberalisme pula membawa maksud memebebaskan diri daripada cengakman atau ikatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai "1. (bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan, ataupun fahaman bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas dan terbuka(tidak terkongkong dengan satu aliran pemikiran dan sebagainya)". Hal ini bercanggah dengan Islam kerana Islam telah memberi garis panduan yang harus dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sekadar mahukan nilai, tetapi juga kewajipan perlaksanaan Islam itu sendiri memerlukan manusia terikat dengan undang-undang syariat yang digariskan. Perkara ini yang ditolak oleh puak liberal.
  5. Feminisme - perjuangan kepentingan ataupun human right. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa : “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. ( Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan perempuan ). Fahaman feminisme adalah cambahan ideologi liberalism khususnya dalam aspek sosial seperti Sister in Islam yang menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Apabila kesamarataan itu disamakan dengan keadilan, pertikaian tentang hak itu sering dibangkitkan dalam memuaskan kehendak diri sendiri. Akibatnya apabila terlalu mengagungkan hak sendiri kononnya, sehingga golongan-golongan sebegini telah mencabul hak orang lain.

Ideologi-ideologi yang disebutkan di atas adalah antara banyak lagi ideologi yang diperjuangkan untuk menjatuhkan akidah umat Islam. Masyarakat yang tidak cakna dan kurang berwaspada tidak mustahil akan terjebak dengan propaganda dan dakyah yang dimainkan golongan kafir laknatullah. Semoga pengisian yang ringkas ini dapat membuka mata kita semua dalam menilai kebenaran dan kebatilan sejurus memantapkan ilmu dalam menghadapi cabaran pemikiran yang akan datang. Wallahu'alam.


Rujukan :

  • https://www.cla.purdue.edu/english/theory/psychoanalysis/freud.html
  • http://arti-definisi-pengertian.info/pengertian-politik-liberal/
  • http://www.kompasiana.com/retnalupitawati/patung-liberty-sebagai-simbol-liberalisme_5512bbdf813311490abc5feb
  • https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
  • https://nairadianaira.wordpress.com/tag/friedrich-nietzsche/
  • http://usulpe.blogspot.my/2015/05/nietzsche-moral-dan-politik-filsafat.html
  • https://pwkpersis.wordpress.com/2008/03/20/mengenal-hedonisme-lebih-dekat/
  • http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf
  • http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf
  • http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/532/1/Perjuangan%20Perempuan%20Dalam%20Karya%20Pengarang%20Perempuan%20Malaysia%20Dan%20Indonesia%20Di%20Awal%20Abad%20Ke-21.pdf

Monday, April 11, 2016

Al-Amin

Seringkali geli hati apabila melihat keletah kanak-kanak (pehal skema jawapan sangat ayat aku ni). Kanak-kanak ni cakap dari hati. Kalau ada ja benda yang dia nampak, dia akan cakap. Dia rasa something, dia cakap. Sebab budak-budak ni jujur.

Tapi bila dah dewasa, berlaku jujur adalah sesuatu yang rare. Rare tau rare? Rare tu macam tengok orang buat solat sunat atau jalan pegang tangan dengan mak ayah. Sebab apa rare? Sebab jarang orang buat. Bila jujur, jadi insecure, takut kena kecam, kena bahan. Maka mereka sanggup berbohong untuk meraih pujian dan diraikan ramai pihak. Sebab bila jujur, orang tak suka, orang marah.

Macam tu jugak bila kita cakap pasal Islam. Bila kita cakap hukum begini begitu, tak suka and then marah. Bagi yang tak tahan mula-mula kena cakap berlapik. Lama-lama terpaksa cakap bohong sebab takut tak dapat perhatian, takut kena marah. Lalu di mana nilai Islam yang sebenar? Sedangkan Islam itu mengajar kita untuk tahu apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kalau kita taknak kena marah dalam menyebarkan Islam, malu lah untuk mengaku umat Rasulullah. Kerana baginda adalah manusia yang paling jujur dan tidak pernah gentar akan ancaman manusia. Yakin dengan janji Allah itu asas akidah dan iman seorang Muslim. Dalam menghadapi cabaran serangan pemikiran akhir zaman ini, selalulah berdoa supaya kita istiqamah dalam menyampaikan kebenaran tentang Islam. Amin Ya Rabb.

Thursday, April 7, 2016

Balancing

Allah meraikan emosi manusia.

Terkadang sedih mengenangkan dosa, rebah nafsu di dada taubat.
Terkadang semangat berbakti di dunia, sabar menanti tuaian di akhirat.

Betapa kasih sayangNya melebihi murka cuma terhijab dek hati yang buta hikmah.

"Hope and fear are like a pair of wings. You need both to fly." - Imam Maturidi

Aim high, fly higher. Moga kita berhenti apaila diizinkan sahaja.

Monday, April 4, 2016

Circulation.

'Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di atas muka bumi ini.'
                                                     Muhammad :7

Satu pokok didefinisikan akan bermula dengan akar, kemudian batang, diikuti daun, bunga dan akhir sekali buah. Lantas diperlihatkan secara tersurat dalam kehidupan manusia akar itu sebagai akidah, batang sebagai ibadah dan hasil yang lain sebagai cambahan akhlak yang pelbagai rupa. Pemikir berhujah akan kepentingan 'hasil' pokok yang bermacam-macam itu, tidak kurang juga yang merendah-rendahkan cambahan yang lain. Batang punya kegunaan tersendiri yang pastinya lebih banyak kebaikan diperoleh daripadanya berbanding hasil yang lain seperti untuk kecantikan, kelengkapan rumah, kesihatan dan sebagainya.Begitu juga daun yang menghasilkan oksigen, tidak kurang pentingnya dalam memberi saham kelangsungan hidup manusia. Buah pula mencukupkan keperluan asasi manusia dalam memberikan tenaga zahir untuk meneruskan amalan sehari-hari.

Persoalannya, mana yang lebih penting? Jeng jeng jeng.
Kalau kita tengok dari pandangan mata kasar, akar sangat penting yang disamakan dengan akidah. Betul bukan? Dah angguk betul la tu. Melahirkan individu Muslim memerlukan stategi dan tingkatan pendidikan yang betul supaya tidak ada langkah yang tersadung. Dimulakan dengan memahatkan akidah keimanan kepada Yang Esa, diiring ibadah sehari-hari lantas mampu membentuk akhlak yang disegani.

Okay stop.

Selalu kita ditanya soalan yang tiada jawapan, ayam atau telur dulu? Kalau dalam kes pokok ini pernah diperdebat oleh sekumpulan pemikir, kalau tak ada batang mesti tak ada daun, kalau tak ada daun mesti tak ada buah dan yang sama kereta dengannya. Seolah-olah mempersoalkan, 'dia tak solat pun dia baik jugak.' Sedangkan dalam turutan kerangka Islam, ibadah yang baik itu akan melahirkan akhlak yang baik. Macam cakap, daun boleh tumbuh kalau tak ada batang.

Kalau nak fikir mana datang dulu, sempat jadi sekular sebelum habis khatam Quran. Nauzubillahiminzalik. Di sini kita boleh lihat perbezaan definisi baik yang digariskan Islam, ataupun definisi baik mengikut ideologi masyarakat semata. Kalau arahan Allah untuk menunaikan solat lima waktu pun tidak dilunaskan, bagaimana bisa dikatakan baik? Sebagai makhluk berakal, adalah sebaiknya digunakan untuk berfikir akan tarbiyyah Allah daripada siapa artis Korea yang akan bercinta lepas ni.

Okay berbalik kepada pokok. Ternyata perjalanan Islam tidak terhenti pada buah sahaja bukan? Bayangkan seseorang dah jadi Muslim yang baik. Setel. Tapi buah kan ada biji. Lepas makan buang kan biji tu. Itu bagi kita rakyat marhaen. Kalau baik sikit tanam. Eco green apa entah bak kata pengkaji alam sekitar. Lepas tanam jadi pokok baru. And that's what we called as circulation of a pokok. Buruknya bunyi. Pendek kata bila mana seseorang itu boleh dikatakan lulus menjadi seorang Muslim yang baik, sudah tiba masa untuk beliau menanam benih bagi melahirkan pokok baru bagi generasi akan datang. Tangga terdekat dimulai dengan keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam, khilafah Islam dan akhir sekali dunia Islam.

Masih jauh lagi perjalanan dalam kita nak menolong agama Allah. Namun Allah tidak memberi pahala berdasarkan keputusan, sama ada Islam menang ataupun tidak, tetapi atas usaha. Kerana Islam ini bukan untuk individu, tetapi untuk disebarkan. Maka berjalanlah tanpa henti. Kerana yang membayar penat lelah kita bukan manusia, tetapi Allah Yang Maha Kaya.

Belajarlah walau dari sebatang pokok. Moga ibrah yang digarap menjadi tiket menggapai redhaNya.
Sekian :)