Sunday, May 24, 2015

Malu

Orang sekarang ramai yang dah kurang malu untuk mempamerkan cerita di dalam selimut. Memang lumrah cerita conversation dengan suami, cerita macam mana dipujuk suami dan macam-macam lagi. Kenapa sebut suami ja? Sebab selalunya isteri yang buat macam tu.

Tag nama sini sana bukan main. Padahal laki duduk sebelah. Konon-konon sweet nak bagi satu dunia nampak. Dah kalau macam tu letak je la cctv dalam bilik. Si yahudi tu pun boleh tau apa warna cadar katil. Senang.

Geli geli dan geli. Okay wishlist lepas kahwin nak deactivate mana yang patut. Moga aku tak dapat suami yang suka selfie.

Friday, May 8, 2015

Sedar

Dalam jemaah ni, kena buang sifat pentingkan diri sendiri.

Aku ja tahu penat.
Aku ja ada perasaan.
Aku ja tahu kecil hati.

Tak pernah terfikir letih orang lain.
Tak pernah kisah air mata orang lain.
Tak pernah mengira pengorbanan orang lain.

Hanya tahu sedapkan hati sendiri.
Hanya ingin puaskan nafsu di hati.
Hanya senang merehatkan diri.

Sayang, bertudung berpurdah berserban di kepala. Mengaku ukhuwah sesama saudara. Namun, akhlak tidak dijaga. Fardhi amal entah ke mana.

Benar, Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah. Mohon rujuk kembali surah At-Taubah. Kerana sesiapa yang tidak mahu memikul tanggungjawab ini, akan Allah singkirkan dengan mudah. Nauzubillahiminzalik. Moga Allah thabatkan hati kita semua. Amin Ya Rabb.

Friday, May 1, 2015

Ilmu

Ilmu datang bagaikan hujan
Cuma manusia daun keladi
Tidak ditatang bagaikan intan
Berlalu tersia tidak kembali