Friday, April 24, 2015

Tinta rindu #1

Sesungguhnya Rasulullah itu diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kerana akhlak yang baik itu, menghasilkan syabab yang berwibawa, melakar akhlak muslimah sejati. Kerana akhlak yang baik itu memanusiakan manusia.

Masih ingat seorang wanita buta yang memeluk Islam kerana baginda? Tidak lupa bukan pada kisah buah limau yang membuktikan kemuliaan akhlak kekasihNya?

Lalu di mana engkau campak akhlak mu wahai pejuang Islam? Usah sirna agama Allah ini dengan bicara kesatmu.

Mukmin itu diamnya fikir, bicaranya zikir. Ayuh baikkan diri, dan juga orang lain :)

Jadilah ahli jemaah yang berilmu, dunya wal akhirah. Tidak wajib semua, harus tahu. Perhitungan kemudian, usaha dahulu. Simpul ilmu di sanubari, bukan hanya bermegah di hujung jari.

Saturday, April 18, 2015

Takuk

Tudung labuh atau serban bukan matlamat hidup. Tetapi ia adalah salah satu cara untuk mencapai matlmat hidup.

Jikalau penghijrahan hanya di takuk 'tudung labuh', tetapi ilmu masih sama, ibadah tetap lama, akhlak entah ke mana, sayangnya. Berpuluh tahun Rasulullah mengajar hidup meneladani Al-Quran, tapi pada umur 20,30-an masih berhabuk di atas meja.

Belajar mensyukuri nikmat sehampir dua biji mata, daripada berkongsi kalimah di awan. Syabab berilmu pelihara agama, rujukan umat akhir zaman.

Paradise's language

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

��terima kasih - syukran (شكرًا )
��sama sama - afwan ( عفواً )
��saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
��baiklah - hasanan ( حسناً )
��mungkin - rubbama (ربما )
��awas! - intabih ( انتبِه )
��berhati hatilah - ihzar ( احذر )
��jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
��samiinun - gemuk ( سمين )
��Tawiilun - panjang ( طويل )
��Qasirun - pendek ( قصير )
��khofiidhun - rendah ( خفيض )
��nahiifun - kurus ( نحيف )
��yaum - hari ( يوم )
��usbu' - minggu ( أسبوع )
��syahr - bulan ( شهر )
��sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
��Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
��sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
��ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
��semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
��salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
��jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
��tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
��azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
��uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
��uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
..kami - nahnu ( نحنُ )
..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
..mereka - hum ( هُمْ )
..cantik = jameelah ( جميلة )
..buruk = qabih ( قبيح )
..Bersih = nadziifun ( نظيف )
..Malas = kaslaan ( كسلان )
..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
..a'kulu =  saya makan ( أاكل )
..Asyrobu =  saya minum ( أشرب )
..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
..aktubu = saya menulis ( أكتب )
..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
..Albasu = saya memakai ( ألبس )
..Toriiqon = jalan ( طريق )
..Baytun = rumah ( بيت )
..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
..Qolamun = pulpen ( قلم )
..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
..Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
..Umri- umur saya ( عمري )
..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

��♪BELAJAR BAHASA ARAB♪��

*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah ( إني أخاف الله )
*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
*Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L) ( شفاكَ الله )
*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) ( شفاكِ الله )
*Tafaddhol = Silakan ( تفضل )
*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan ��( وإياكَ )
*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan��( وإياكِ )
*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
*Na'am = Ya ( نعم )
*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة المياه )
*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً )

Kongsi bersama..moga bermanfaat ��

Thursday, April 16, 2015

Iman cepat naik

Resah.

Mana mungkin bisa aku menceritakan resah hatiku kepada sahabat, bila mana bebannya lebih berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penyudahnya, lara menjauh dari sungai hati mengikut arus waktu yang pantas berlalu.

Setahun yang menguatkan.
Setahun yang menyakitkan.
Setahun yang, Allah saja yang tahu.

Bimbang bila aku cepat ke puncak, pantas jua aku terpunduk. Mampukah aku menggalas amanah ini? Mampukah aku menjadi rantai-rantai besi?

Layak. Kalau sekadar kata, ke liang lahad belum tentu. Kalau cuma bicara, apa mungkin esok masih punya waktu.

Berjuanglah, sampai Allah sendiri yang berhentikan kita. Fitrah seorang anak yang ingin kembali ke pangkuan ibunya, begitu juga fitrah seorang hamba mencari sinar dari Tuhannya.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Tikala berduka, Sunnah Orang Berjuang menjadi halwa. Andai kuat menggigit sunnah, mengapa masih disuntik resah?

Smile. Its sunnah :)

Wednesday, February 18, 2015

Reverie

I live in reverie
In the back of my mind
A world of fantasy
On the fringes of time

My castle in the air
That only i can see
A monument so rare
In my deep reverie

The door is open wide
Its the path to my soul
I like to run and hide
From the rain and the cold

I always want to be
The planter of the seed
The keeper of the key
To my castle so sweet

I'll take you there tomorrow
Far from reality
No room for grief or sorrow
Down in my deep reverie

Clemence Saint Preux -- Reverie

Friday, January 23, 2015

Label

Apa itu label pada pandangan anda?

Sebagai contoh, kita nak lekatkan satu label pada botol. Dan label itu tidak akan terlekat tanpa ada gam. Botol yang tidak ada gam tidak akan terlekat label padanya. Walau sekeras mana mencuba, label tetap tidak akan terlekat pada botol. Tetapi kalau botol itu penuh dilmuri gam, walau sedikit angin bertiup mampu membuatkan label itu terlekat pada botol untuk selama-lamanya.

Konsepnya sama seperti manusia. Nabi Muhammad s.a.w. pernah dilabel oleh bapa saudaranya, Abu Jahal sebagai Muazzam, iaitu yang hina. Sedangkan maksud Muhammad itu adalah yang terpuji. Dan sememangnya akhlak Rasulullah s.a.w. selari dengan nama baginda yang indah. Usaha Abu Jahal tidak berjaya kerana gelaran itu tidak melekat pada baginda. Even kita yang beragama Islam pun ramai yang tak tahu baginda pernah dilabelkan sebegitu. Menunjukkan keperibadian baginda sedikit pun tidak terjejas dengan tuduhan Abu Jahal.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa nama sebenar Abu Jahal ialah Al-Hakkam, iaitu yang bijaksana dan pandai. Beliau ialah pendeta ilmuwan dia kalangan kaumnya. Tetapi disebabkan kejahilannya tidak mahu menerima Islam, gelaran yang diberi Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal melekat sampai sekarang.

Jadi, apakah label pada pandangan anda?

Monday, January 19, 2015

Positive enogh?

So much pressure, why so loud?
If you don't like my sound you can turn it down.
I got a road and I walk it alone.


We are the one who make the choices. Nak jadi baik atau sebaliknya, pilihan di tangan kita. Nak berlari atau berjalan, terpulang kepada tindakan yang dikawal fikiran. Prinsip hidup sesorang berlainan dengan yang lain. Tapi pastikan jugak bertetapan dengan syariat Allah. Kalau setakat RASA benda tu baik tapi tak YAKIN benda tu baik, tak boleh dijadikan prinsip jugak kan? Kalau tindakan itu bertetapan dengan syariatNya, teruskanlah. Jika tidak, kembalilah. Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah. Inikan lagi kita.


Uphill battle I look good when I climb
I'm ferocious, precocious, I get braggadocious
I'm not gonna stop
I like the view from the top


'Kalau la aku boleh putar masa' has once cycled in my mind. Tapi kalau benda tak jadi, how will we learnt right? Your past mistake are meant to guide you, not define you. Hanya sekali putus cinta, tak boleh nak assume semua lelaki itu sama. Hanya seorang yang tudung labuh kritik kau, tak boleh nak judge semua perempuan tudung labuh itu suka menghukum. Tarbiyyah Allah itu berhikmah dan berbeza bagi setiap orang, Someone may learn the smooth way, some may harder. Accept your past with regrets, handle your present with confidence and face your future without fear. Be stronger every sec, as it may be questioned by Allah. Bukan natijah yang dilihat, tapi usaha yang dibuat.


You talk that blah-blah, that la-la, that rah-rah
And I'm so done, I'm so over it
Sometimes I mess up, I gave up, I hit and miss
But I'm okay I'm cool with it


Penyakit orang yang berdakwah ni, nak habaq mai la kan, kadang-kadang bila dia tak boleh nak tarik seseorang itu, dia akan stop. Sebab tak semestinya dia suka dengan style kita, mungkin dia lebih selesa dengan pendakwah yang lain. Dan Allah ada sebab kenapa Dia tak bagi jalan nak dakwah tu senang. Kalau senang nak tarik orang. riak akan timbul. Akan mula cakap 'dia baik sebab aku la yang ajak, kalau tak hampeh'. Kalau senang nak dakwah orang, something wrong somewhere la tu. Rasulullah pun kena kutuk hebat, tapi kita cakap pasal agama and still boleh stay dalam safe-zone? Hmmm. Satu ja kena ingat, Allah tak bagi ujian melebihi kemampuan. Soooo...masih hidup lagi kan? Boleh makan megi kawin lagi kan? Ok la tu.


I still fall on my face sometimes
And I can't color inside the lines cuz
I'm perfectly incomplete
I'm still working on my masterpiece

I wanna hang with the greats
Got a way to go but its worth the wait
No, you haven't seen the best of me
I'm still working on my masterpiece.


Nobody's perfect is not an excuse. Because nobody is perfect. Isn't valid enough? If you wanna see the person that can changed your life, take a look in the mirror. Sometimes, I just can't take the negativity anymore. It'll burst my anger. Dia macam, boleh tak kau fikir positif sikit? Kalau kau takda duit, macam mana kau nak bagi duit kat orang? If you are surrounded by the negative thought, how can you spread the positive vibes? Its ridiculous. C'mon. Smile, you do not own all problems in the world.




"Those who have believed and whose hearts by the remembrance of Allah. Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
(Ar-Rad : 28)


Btw, its Masterpiece by Jessie J. Sometimes, I wonder why the non-muslims are more positive that the Muslims themselves. Benarlah kata-kata Syed Qurtubi, beliau mengatakan "Di Barat, aku lihat Islam tanpa Muslim. Tetapi di Timur, aku lihat Muslim tanpa Islam."