Friday, April 24, 2015

Tinta rindu #1

Sesungguhnya Rasulullah itu diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kerana akhlak yang baik itu, menghasilkan syabab yang berwibawa, melakar akhlak muslimah sejati. Kerana akhlak yang baik itu memanusiakan manusia.

Masih ingat seorang wanita buta yang memeluk Islam kerana baginda? Tidak lupa bukan pada kisah buah limau yang membuktikan kemuliaan akhlak kekasihNya?

Lalu di mana engkau campak akhlak mu wahai pejuang Islam? Usah sirna agama Allah ini dengan bicara kesatmu.

Mukmin itu diamnya fikir, bicaranya zikir. Ayuh baikkan diri, dan juga orang lain :)

Jadilah ahli jemaah yang berilmu, dunya wal akhirah. Tidak wajib semua, harus tahu. Perhitungan kemudian, usaha dahulu. Simpul ilmu di sanubari, bukan hanya bermegah di hujung jari.

No comments: