Sebagai contoh, kita nak lekatkan satu label pada botol. Dan label itu tidak akan terlekat tanpa ada gam. Botol yang tidak ada gam tidak akan terlekat label padanya. Walau sekeras mana mencuba, label tetap tidak akan terlekat pada botol. Tetapi kalau botol itu penuh dilmuri gam, walau sedikit angin bertiup mampu membuatkan label itu terlekat pada botol untuk selama-lamanya.
Konsepnya sama seperti manusia. Nabi Muhammad s.a.w. pernah dilabel oleh bapa saudaranya, Abu Jahal sebagai Muazzam, iaitu yang hina. Sedangkan maksud Muhammad itu adalah yang terpuji. Dan sememangnya akhlak Rasulullah s.a.w. selari dengan nama baginda yang indah. Usaha Abu Jahal tidak berjaya kerana gelaran itu tidak melekat pada baginda. Even kita yang beragama Islam pun ramai yang tak tahu baginda pernah dilabelkan sebegitu. Menunjukkan keperibadian baginda sedikit pun tidak terjejas dengan tuduhan Abu Jahal.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa nama sebenar Abu Jahal ialah Al-Hakkam, iaitu yang bijaksana dan pandai. Beliau ialah pendeta ilmuwan dia kalangan kaumnya. Tetapi disebabkan kejahilannya tidak mahu menerima Islam, gelaran yang diberi Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal melekat sampai sekarang.
Jadi, apakah label pada pandangan anda?
No comments:
Post a Comment