Friday, April 29, 2016

Ideologi

Pemikiran. Ideology. Falsafah.
Semuanya berkait rapat dalam menggembleng sel-sel otak untuk berfungsi dan berfikir melebihi kapasiti biasa otak. Menolak minda jauh dari zon selesa kepada zon jihad (bersungguh-sungguh dalam berfikir dan mengkaji) dalam mengenal pasti strategi musuh, supaya kita tidak menjadi umat buih, mahupun ahli gerakan Islam di bawah tempurung.

Antara 5 ideology atau warisan pemikiran yang telah meracuni umat islam sehingga ke hari ini ialah (ringkasan daripada Ustaz Fadhli Ghani) :


  1. Sigmun Freud - kejadian manusia adalah untuk memenuhi nafsu berahi. Nafsu itu adalah fitrah manusia, namun ia juga boleh menjadi fitnah jika tersalah cara. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah cara termudah dalam menjebakkan umat Islam ke kancah maksiat. Aktiviti-aktiviti lasak dijadikan alasan untuk mencampurkan kaum Adam dan Hawa. Fesyen- fesyen terkini yang menjadi jamuan mata juga salah satu cara dalam menaikkan nafsu berahi. Sebab orang takkan pandang sesuatu yang tak cantik, Fitrah manusia itu cinta kepada keindahan. Apabila tiba bab perkahwinan pula, kaum lelaki sering dimomokkan dengan berkahwin lebih dari seorang. Mentaliti yang telah ditanam kepada masyarakat hari ini adalah apabila sunnah Nabi dijadikan hijab dalam memenuhi keperluan seks mereka. Jika ada yang bertanya, "bila nak kawin sorang lagi?", sudah tentu yang terbayang di fikiran adalah seks. Jarang orang tanya "berapa kitab dah khatam?" atau "banyak mana hadis dah dihafal?". Ini membuktikan pengaruh-pengaruh ideologi sebegini telah berjaya dalam membudayakan masyarakat Islam dengan keperluan seks semata-mata, bukan lagi membudayakan ilmu dan ibadah. Keinginan seks yang melampau tanpa kawalan boleh merosakkan seluruh nasab dan keturunan.
  2. Charles Darwin - manusia dilahirkan untuk memenuhi sifat kebinatangan. Haiwan dijadikan tanpa akal dan iman, menjadikan mereka berbeza dengan manusia. Kehidupan sehari-hari hanyalah unutk mencari makan dan survival untuk hidup. Tidak mengenal halal haram, untung rugi, benar salah. Pergaulannya pula tanpa batas, ditambah dengan ketandusan akhlak yang langsung berbeza dengan sebaik-baik penciptaan manusia. Melahirkan manusia yang bertindak buas, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kepentingan dunia.
  3. Friedrich Nietzsche - dalam bukunya 'God is Dead', dinyatakan kebenaran itu dinilai berdasarkan keseronokan (hedonisme). Berbicara mengenai hedonime, kita tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan figura dalam membangunkan epistomologi hedonisme iaitu Epicurus of Samos (341-270 SM). yang kelak prinsip-prinsip ajaran tersebut dikenali sebagai Epicureanisme. Bermakna apa-apa sahaja yang mendatangkan keseronokan dan memuaskan hati ramai pihak, itulah yang benar. Sebagai contoh, konsert. Ramai pihak yang akan mengecam jika konsert diadakan atas alasan perkara yang melalaikan, tetapi kalau ditukar konsep seperti konsert amal, seolah-olah memberi tiket untuk menjadikannya 'halal'. Propaganda yang dimainkan atas nama Islam, menjadikan umat buta dalam menilai kebenaran, tuli dalam menolak kebatilan.
  4. Ideologi politik - manusia dilahirkan dalam keadaan bebas. Mengambil konsep liberti dan liberal, mendefinisikan yang setiap manusia mempunyai hak dan mengabaikan tanggungjawab. Liberti yang membawa maksud mencari kebebasan, menjadi pegangan rakyat Amerika khususnya dengan simbol patung Liberty yang bererti bahawa kebebasan bangsa Amerika untuk memilih keyakinan dan kesejahteraan, seperti bebas dalam memilih agama, pendidikan dan politik. Liberalisme pula membawa maksud memebebaskan diri daripada cengakman atau ikatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai "1. (bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan, ataupun fahaman bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas dan terbuka(tidak terkongkong dengan satu aliran pemikiran dan sebagainya)". Hal ini bercanggah dengan Islam kerana Islam telah memberi garis panduan yang harus dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sekadar mahukan nilai, tetapi juga kewajipan perlaksanaan Islam itu sendiri memerlukan manusia terikat dengan undang-undang syariat yang digariskan. Perkara ini yang ditolak oleh puak liberal.
  5. Feminisme - perjuangan kepentingan ataupun human right. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa : “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. ( Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan perempuan ). Fahaman feminisme adalah cambahan ideologi liberalism khususnya dalam aspek sosial seperti Sister in Islam yang menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Apabila kesamarataan itu disamakan dengan keadilan, pertikaian tentang hak itu sering dibangkitkan dalam memuaskan kehendak diri sendiri. Akibatnya apabila terlalu mengagungkan hak sendiri kononnya, sehingga golongan-golongan sebegini telah mencabul hak orang lain.

Ideologi-ideologi yang disebutkan di atas adalah antara banyak lagi ideologi yang diperjuangkan untuk menjatuhkan akidah umat Islam. Masyarakat yang tidak cakna dan kurang berwaspada tidak mustahil akan terjebak dengan propaganda dan dakyah yang dimainkan golongan kafir laknatullah. Semoga pengisian yang ringkas ini dapat membuka mata kita semua dalam menilai kebenaran dan kebatilan sejurus memantapkan ilmu dalam menghadapi cabaran pemikiran yang akan datang. Wallahu'alam.


Rujukan :

  • https://www.cla.purdue.edu/english/theory/psychoanalysis/freud.html
  • http://arti-definisi-pengertian.info/pengertian-politik-liberal/
  • http://www.kompasiana.com/retnalupitawati/patung-liberty-sebagai-simbol-liberalisme_5512bbdf813311490abc5feb
  • https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
  • https://nairadianaira.wordpress.com/tag/friedrich-nietzsche/
  • http://usulpe.blogspot.my/2015/05/nietzsche-moral-dan-politik-filsafat.html
  • https://pwkpersis.wordpress.com/2008/03/20/mengenal-hedonisme-lebih-dekat/
  • http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf
  • http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf
  • http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/532/1/Perjuangan%20Perempuan%20Dalam%20Karya%20Pengarang%20Perempuan%20Malaysia%20Dan%20Indonesia%20Di%20Awal%20Abad%20Ke-21.pdf

No comments: