'Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di atas muka bumi ini.'
Muhammad :7
Satu pokok didefinisikan akan bermula dengan akar, kemudian batang, diikuti daun, bunga dan akhir sekali buah. Lantas diperlihatkan secara tersurat dalam kehidupan manusia akar itu sebagai akidah, batang sebagai ibadah dan hasil yang lain sebagai cambahan akhlak yang pelbagai rupa. Pemikir berhujah akan kepentingan 'hasil' pokok yang bermacam-macam itu, tidak kurang juga yang merendah-rendahkan cambahan yang lain. Batang punya kegunaan tersendiri yang pastinya lebih banyak kebaikan diperoleh daripadanya berbanding hasil yang lain seperti untuk kecantikan, kelengkapan rumah, kesihatan dan sebagainya.Begitu juga daun yang menghasilkan oksigen, tidak kurang pentingnya dalam memberi saham kelangsungan hidup manusia. Buah pula mencukupkan keperluan asasi manusia dalam memberikan tenaga zahir untuk meneruskan amalan sehari-hari.
Persoalannya, mana yang lebih penting? Jeng jeng jeng.
Kalau kita tengok dari pandangan mata kasar, akar sangat penting yang disamakan dengan akidah. Betul bukan? Dah angguk betul la tu. Melahirkan individu Muslim memerlukan stategi dan tingkatan pendidikan yang betul supaya tidak ada langkah yang tersadung. Dimulakan dengan memahatkan akidah keimanan kepada Yang Esa, diiring ibadah sehari-hari lantas mampu membentuk akhlak yang disegani.
Okay stop.
Selalu kita ditanya soalan yang tiada jawapan, ayam atau telur dulu? Kalau dalam kes pokok ini pernah diperdebat oleh sekumpulan pemikir, kalau tak ada batang mesti tak ada daun, kalau tak ada daun mesti tak ada buah dan yang sama kereta dengannya. Seolah-olah mempersoalkan, 'dia tak solat pun dia baik jugak.' Sedangkan dalam turutan kerangka Islam, ibadah yang baik itu akan melahirkan akhlak yang baik. Macam cakap, daun boleh tumbuh kalau tak ada batang.
Kalau nak fikir mana datang dulu, sempat jadi sekular sebelum habis khatam Quran. Nauzubillahiminzalik. Di sini kita boleh lihat perbezaan definisi baik yang digariskan Islam, ataupun definisi baik mengikut ideologi masyarakat semata. Kalau arahan Allah untuk menunaikan solat lima waktu pun tidak dilunaskan, bagaimana bisa dikatakan baik? Sebagai makhluk berakal, adalah sebaiknya digunakan untuk berfikir akan tarbiyyah Allah daripada siapa artis Korea yang akan bercinta lepas ni.
Okay berbalik kepada pokok. Ternyata perjalanan Islam tidak terhenti pada buah sahaja bukan? Bayangkan seseorang dah jadi Muslim yang baik. Setel. Tapi buah kan ada biji. Lepas makan buang kan biji tu. Itu bagi kita rakyat marhaen. Kalau baik sikit tanam. Eco green apa entah bak kata pengkaji alam sekitar. Lepas tanam jadi pokok baru. And that's what we called as circulation of a pokok. Buruknya bunyi. Pendek kata bila mana seseorang itu boleh dikatakan lulus menjadi seorang Muslim yang baik, sudah tiba masa untuk beliau menanam benih bagi melahirkan pokok baru bagi generasi akan datang. Tangga terdekat dimulai dengan keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam, khilafah Islam dan akhir sekali dunia Islam.
Masih jauh lagi perjalanan dalam kita nak menolong agama Allah. Namun Allah tidak memberi pahala berdasarkan keputusan, sama ada Islam menang ataupun tidak, tetapi atas usaha. Kerana Islam ini bukan untuk individu, tetapi untuk disebarkan. Maka berjalanlah tanpa henti. Kerana yang membayar penat lelah kita bukan manusia, tetapi Allah Yang Maha Kaya.
Belajarlah walau dari sebatang pokok. Moga ibrah yang digarap menjadi tiket menggapai redhaNya.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment