Judgemental, huh? Speak for yourself.
Adakah dengan assume 'orang pakai tudung labuh judge orang pakai tudung pendek/tak pakai tudung' membuatkan seseorang tu tak judgemental? So maqam kau sama je la dengan dia kan? Memang pakai tudung labuh/burqa/niqab whatsoever tak menjanjikan dia tiket untuk kata orang sana sini atau judge sekalipun, never and ever. Tapi kalau kau pakai baju singkat seluar sendat bagi kau kebenaran cakap macam tu ke? Tudung khemah atau kondominium sekalipun tak ada tanda kat dahi dia yang dia tu baik hati, pembersih, mulut macam malaikat ecetera ecetera..tapi bukan hak orang lain jugak untuk cakap cenggitu. 'Free hair' bukan tiket untuk dia mencarut kat orang sesuka hati. Mempersoalkan perangai orang tudung labuh dengan attitude buruk dia sama dengan kau mempertikaikan kenapa kura-kura jalan lambat berbanding arnab.
Aurat vs aurat
Perangai vs perangai
Bukan sepatutnya macam tu ke? Kau nak banding kenapa ikan berenang lagi laju dari cicak ke? Mazhab mana kau ambik? Kalau perangai yang tak pakai tudung tu lagi baik daripada yang pakai tudung labuh tu, kenapa tak tegur dia? Perli pandai pulak. Malukan dia depan public pandai pulak. Kalau tau tanggungjawab sebagai seorang Muslim, tegur bukan hina or perli. Dia boleh pakai tudung labuh pun sebab Allah izin. Berapa ramai lagi yang nak pakai tudung labuh, nak tutup aurat, tapi Allah tak izin, mak ayah tak bagi, orang keliling cakap ekstrimis. Do NOT judge someone because he/she did not go through the same journey with you.
"Kalau pakai tudung labuh tapi perangai buruk tak guna jugak."
Lagi tak guna kalau dapat kawan yang tak guna. Tau nak kutuk, nasihat tak pun. Kalau betul sayang, tegur. Bukan perli dia kat khalayak ramai. Privately tegur. Memang ikhlas tu tak nampak, niat tu invisible. Tapi kadang-kadang perbuatan kita tu pun dah boleh tunjuk niat kita tu camana. Ikhlas ke tak. Sayang kawan/sahabat ni sampai syurga. Bukan takat tepuk tampar gelak-gelak happy semedang ja. Kalau macam tu tepi jalan berlambak. Tapi nak dapat yang betul-betul nak tarik kita masuk syurga, payah. Allah bagi susah, ada hikmah. Untuk tengok yang mana stay, or the one yang walk away.
Aku pun bukan kawan yang baik. Tapi try to be. Being better. Ain't crime aite?
1 comment:
betul tu saya setuju. kalau nak buat comparison kena compare apple apple, bukan apple to orange
Post a Comment