Tuesday, July 19, 2016

Hati-hati dengan hati

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
As-Saff : 10-11

"Jaga hati".

First thing yang aku kena hadam sejurus mengenal jemaah. Dalam kepala, jaga ikhtilat. Rasa tak susah mana. Yang lelaki nampak baik-baik and i'm not that type of clingy girl. Sahabat perempuan bertambah lagi la baik, so i can attach with them seiring nak improve diri sendiri.

Pergi usrah, buat program, meeting, group Whatsapp, takda satu pun mencalarkan imej ikhtilat tu. Kalau ada masih boleh dikawal. Lama jugak aku cari significant nasihat jaga hati tu dengan apa yang aku buat sekarang. Tapi aku rasa macam aku ja la fikir pasal tu. It seems...odd. Macam orang cakap 'tolong jaga bunga tu' tapi DNA sehelai kelopak pun kau tak nampak.

And now, bila ada masalah baru nampak realiti nasihat tu. Bila ada cadangan yang tak dipersetujui, ada suara-suara yang membantah. Apabila ada yang tidak puas hati, maka jasad individu tersebut diserang bertalu-talu. Husnuzon tak payah cakap. Susah sangat nak singgah di hati. Tak masuk isu gerak kerja. Bab ada masalah, bukan main tuding jari masing-masing instead of sama-sama tutup kesalahan demi jaga aib. Harapan la nak selesai masalah bila semua nak tunjuk 'aku sorang ja buat keja'. Thiqah tu entah hilang ke mana.

Setelah beberapa tahun, baru faham maksud 'jaga hati'. Bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri. Jaga hati dengan Allah. Betapa tingginya thiqah kat sahabat-sahabt yang harus diterapkan sebagaimana kita sedar kita berukhuwah kerana Allah. Husnuzon itu mendahului kata-kata yang didorongi nafsu. Begitu juga adab bersama pimpinan. Lontarkan kata dengan hikmah bukan dengan amarah. Wala' pada perkara yang tidak melanggar batas syariat dan tidak menjadi batu api kepada mereka yang tidak sependapat. Taat pada perkara yang tidak dipersetujui itu membuahkan pahala. Bukan menghebohkan keputusan mesyuarat selepas tamatnya perbincangan.

Terlalu banyak memikirkan soal hati membuatkan kita lupa adab dengan jemaah, adab dengan Allah. Bukankah kita sudah berjanji untuk mengorbankan harta dan jiwa? Jiwa yang memberontak tatkala pandangan ditolak, justeru berlapang dadalah di atas keputusan yang berpandukan syara'. Usah berajakan emosi dalam memberikan pandangan. Mengorbankan perasaanmu untuk Islam dijanjikan perasaan yang lebih bahagia dari Dia. Dan hanya Dia yang mampu menganugerahkan perasaan tiu.

A thing to ponder. Kefahaman itu tidak mudah diperoleh, maka bersyukurlah bagi sesiapa yang bertuah selagimana Allah masih bagi hidayah. Gigit tali agama kuat-kuat. Moga kita istiqamah atas jalan Islam.

Tuesday, July 12, 2016

Balasan

Depression.
Distraction.

Masih aku percaya balasan Allah adalah yang terbaik. Sebagai bukti pengorbanan, sebagai hadiah ketulusan.

Taknak fikir. Tapi aku sedih. Penat sangat.

Can i just cry all day long?

Wednesday, June 1, 2016

Hmphh

Aku rindu orang aku nangis, orang rindu aku pun aku nangis. Apa nak jadi Saadah oi.

Moga Allah menjaga kalian.

Friday, May 6, 2016

And I say...

Awak kena banyak bersabar, they said.
Allah uji orang yang Dia sayang, they said.
Nanti Allah bagi hadiah sesuai dengan pengorbanan, they said.

Experience-ingly traumatized by experiences, always give us options. Pain does change people, so does happiness. Its either you want to take it positive or negative, live well or hell. Well basically I just let the person who gave the pain live like hell. I'll take the first choice. There is no point being such a pathetic heroine, am I right? Bhahaha.

A'int got time for lame fairy tales. Move on tu bukan bermaksud kau kena melupakan, ia bermaksud kau kena kuat dari sebelumnya.

"Awak sedang belajar dari buku kehidupan yang menarik dan live.."

I am, still and ongoing. Kehidupan orang lain, biar dia yang pakai. Walaupun drama tu masih berulang di atas pentas berbeza, itu tarbiyah yang nyata bahawa segala pengharapan hanya padaNya. Orang hebat, ujiannya juga hebat. Syukur Allah masih pelihara.

And I say.....let's rock the Jessie J's! XD

Friday, April 29, 2016

Ideologi

Pemikiran. Ideology. Falsafah.
Semuanya berkait rapat dalam menggembleng sel-sel otak untuk berfungsi dan berfikir melebihi kapasiti biasa otak. Menolak minda jauh dari zon selesa kepada zon jihad (bersungguh-sungguh dalam berfikir dan mengkaji) dalam mengenal pasti strategi musuh, supaya kita tidak menjadi umat buih, mahupun ahli gerakan Islam di bawah tempurung.

Antara 5 ideology atau warisan pemikiran yang telah meracuni umat islam sehingga ke hari ini ialah (ringkasan daripada Ustaz Fadhli Ghani) :


  1. Sigmun Freud - kejadian manusia adalah untuk memenuhi nafsu berahi. Nafsu itu adalah fitrah manusia, namun ia juga boleh menjadi fitnah jika tersalah cara. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah cara termudah dalam menjebakkan umat Islam ke kancah maksiat. Aktiviti-aktiviti lasak dijadikan alasan untuk mencampurkan kaum Adam dan Hawa. Fesyen- fesyen terkini yang menjadi jamuan mata juga salah satu cara dalam menaikkan nafsu berahi. Sebab orang takkan pandang sesuatu yang tak cantik, Fitrah manusia itu cinta kepada keindahan. Apabila tiba bab perkahwinan pula, kaum lelaki sering dimomokkan dengan berkahwin lebih dari seorang. Mentaliti yang telah ditanam kepada masyarakat hari ini adalah apabila sunnah Nabi dijadikan hijab dalam memenuhi keperluan seks mereka. Jika ada yang bertanya, "bila nak kawin sorang lagi?", sudah tentu yang terbayang di fikiran adalah seks. Jarang orang tanya "berapa kitab dah khatam?" atau "banyak mana hadis dah dihafal?". Ini membuktikan pengaruh-pengaruh ideologi sebegini telah berjaya dalam membudayakan masyarakat Islam dengan keperluan seks semata-mata, bukan lagi membudayakan ilmu dan ibadah. Keinginan seks yang melampau tanpa kawalan boleh merosakkan seluruh nasab dan keturunan.
  2. Charles Darwin - manusia dilahirkan untuk memenuhi sifat kebinatangan. Haiwan dijadikan tanpa akal dan iman, menjadikan mereka berbeza dengan manusia. Kehidupan sehari-hari hanyalah unutk mencari makan dan survival untuk hidup. Tidak mengenal halal haram, untung rugi, benar salah. Pergaulannya pula tanpa batas, ditambah dengan ketandusan akhlak yang langsung berbeza dengan sebaik-baik penciptaan manusia. Melahirkan manusia yang bertindak buas, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kepentingan dunia.
  3. Friedrich Nietzsche - dalam bukunya 'God is Dead', dinyatakan kebenaran itu dinilai berdasarkan keseronokan (hedonisme). Berbicara mengenai hedonime, kita tidak dapat mengelak daripada dikaitkan dengan figura dalam membangunkan epistomologi hedonisme iaitu Epicurus of Samos (341-270 SM). yang kelak prinsip-prinsip ajaran tersebut dikenali sebagai Epicureanisme. Bermakna apa-apa sahaja yang mendatangkan keseronokan dan memuaskan hati ramai pihak, itulah yang benar. Sebagai contoh, konsert. Ramai pihak yang akan mengecam jika konsert diadakan atas alasan perkara yang melalaikan, tetapi kalau ditukar konsep seperti konsert amal, seolah-olah memberi tiket untuk menjadikannya 'halal'. Propaganda yang dimainkan atas nama Islam, menjadikan umat buta dalam menilai kebenaran, tuli dalam menolak kebatilan.
  4. Ideologi politik - manusia dilahirkan dalam keadaan bebas. Mengambil konsep liberti dan liberal, mendefinisikan yang setiap manusia mempunyai hak dan mengabaikan tanggungjawab. Liberti yang membawa maksud mencari kebebasan, menjadi pegangan rakyat Amerika khususnya dengan simbol patung Liberty yang bererti bahawa kebebasan bangsa Amerika untuk memilih keyakinan dan kesejahteraan, seperti bebas dalam memilih agama, pendidikan dan politik. Liberalisme pula membawa maksud memebebaskan diri daripada cengakman atau ikatan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai "1. (bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan, ataupun fahaman bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas dan terbuka(tidak terkongkong dengan satu aliran pemikiran dan sebagainya)". Hal ini bercanggah dengan Islam kerana Islam telah memberi garis panduan yang harus dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan sekadar mahukan nilai, tetapi juga kewajipan perlaksanaan Islam itu sendiri memerlukan manusia terikat dengan undang-undang syariat yang digariskan. Perkara ini yang ditolak oleh puak liberal.
  5. Feminisme - perjuangan kepentingan ataupun human right. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa : “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. ( Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan perempuan ). Fahaman feminisme adalah cambahan ideologi liberalism khususnya dalam aspek sosial seperti Sister in Islam yang menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Apabila kesamarataan itu disamakan dengan keadilan, pertikaian tentang hak itu sering dibangkitkan dalam memuaskan kehendak diri sendiri. Akibatnya apabila terlalu mengagungkan hak sendiri kononnya, sehingga golongan-golongan sebegini telah mencabul hak orang lain.

Ideologi-ideologi yang disebutkan di atas adalah antara banyak lagi ideologi yang diperjuangkan untuk menjatuhkan akidah umat Islam. Masyarakat yang tidak cakna dan kurang berwaspada tidak mustahil akan terjebak dengan propaganda dan dakyah yang dimainkan golongan kafir laknatullah. Semoga pengisian yang ringkas ini dapat membuka mata kita semua dalam menilai kebenaran dan kebatilan sejurus memantapkan ilmu dalam menghadapi cabaran pemikiran yang akan datang. Wallahu'alam.


Rujukan :

  • https://www.cla.purdue.edu/english/theory/psychoanalysis/freud.html
  • http://arti-definisi-pengertian.info/pengertian-politik-liberal/
  • http://www.kompasiana.com/retnalupitawati/patung-liberty-sebagai-simbol-liberalisme_5512bbdf813311490abc5feb
  • https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
  • https://nairadianaira.wordpress.com/tag/friedrich-nietzsche/
  • http://usulpe.blogspot.my/2015/05/nietzsche-moral-dan-politik-filsafat.html
  • https://pwkpersis.wordpress.com/2008/03/20/mengenal-hedonisme-lebih-dekat/
  • http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf
  • http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2012/julai/KertasKerja_4.pdf
  • http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/532/1/Perjuangan%20Perempuan%20Dalam%20Karya%20Pengarang%20Perempuan%20Malaysia%20Dan%20Indonesia%20Di%20Awal%20Abad%20Ke-21.pdf

Monday, April 11, 2016

Al-Amin

Seringkali geli hati apabila melihat keletah kanak-kanak (pehal skema jawapan sangat ayat aku ni). Kanak-kanak ni cakap dari hati. Kalau ada ja benda yang dia nampak, dia akan cakap. Dia rasa something, dia cakap. Sebab budak-budak ni jujur.

Tapi bila dah dewasa, berlaku jujur adalah sesuatu yang rare. Rare tau rare? Rare tu macam tengok orang buat solat sunat atau jalan pegang tangan dengan mak ayah. Sebab apa rare? Sebab jarang orang buat. Bila jujur, jadi insecure, takut kena kecam, kena bahan. Maka mereka sanggup berbohong untuk meraih pujian dan diraikan ramai pihak. Sebab bila jujur, orang tak suka, orang marah.

Macam tu jugak bila kita cakap pasal Islam. Bila kita cakap hukum begini begitu, tak suka and then marah. Bagi yang tak tahan mula-mula kena cakap berlapik. Lama-lama terpaksa cakap bohong sebab takut tak dapat perhatian, takut kena marah. Lalu di mana nilai Islam yang sebenar? Sedangkan Islam itu mengajar kita untuk tahu apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kalau kita taknak kena marah dalam menyebarkan Islam, malu lah untuk mengaku umat Rasulullah. Kerana baginda adalah manusia yang paling jujur dan tidak pernah gentar akan ancaman manusia. Yakin dengan janji Allah itu asas akidah dan iman seorang Muslim. Dalam menghadapi cabaran serangan pemikiran akhir zaman ini, selalulah berdoa supaya kita istiqamah dalam menyampaikan kebenaran tentang Islam. Amin Ya Rabb.

Thursday, April 7, 2016

Balancing

Allah meraikan emosi manusia.

Terkadang sedih mengenangkan dosa, rebah nafsu di dada taubat.
Terkadang semangat berbakti di dunia, sabar menanti tuaian di akhirat.

Betapa kasih sayangNya melebihi murka cuma terhijab dek hati yang buta hikmah.

"Hope and fear are like a pair of wings. You need both to fly." - Imam Maturidi

Aim high, fly higher. Moga kita berhenti apaila diizinkan sahaja.