Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekalah yang rugi sekiranya mereka mundur dan berpaling tadah. Firman Allah yang bermaksud:
(Fathi Yakan - Apa Erti Saya Menganut Islam)
Nazar kalau kahwin, nak deactivate twitter. Coz he will be my permanent twitter. Nasib la. Muahahahaha.
Wishlist ada banyak. Makanan, baju, kasut, beg, bilik, aksesori (dapur, bilik, ruang tamu, diri sendiri). Ibadah tu simpan sendiri la. Ingat nak buat bisnes. Tak la gah, tapi jalan. Contoh macam kraf. Tapi kena pikiaq lagi what kind of craft. Mungkin nak buat baju, atau makanan. Banyak pulak idea. Degree tak habih lagi oi.
Baru tahu rupanya hantaran kawin tu adat. Nampak tak ngeng kat situ. Macam mempapa mama kedanakan diri sendiri ja kalau buat hantaran kawin tapi orang lain makan kek hantaran. Lulz. Kalau nak buat jugak, aku nak mintak hantaran yang ada dalam wishlist. Pisang cheese satu!
Orang sekarang ramai yang dah kurang malu untuk mempamerkan cerita di dalam selimut. Memang lumrah cerita conversation dengan suami, cerita macam mana dipujuk suami dan macam-macam lagi. Kenapa sebut suami ja? Sebab selalunya isteri yang buat macam tu.
Tag nama sini sana bukan main. Padahal laki duduk sebelah. Konon-konon sweet nak bagi satu dunia nampak. Dah kalau macam tu letak je la cctv dalam bilik. Si yahudi tu pun boleh tau apa warna cadar katil. Senang.
Geli geli dan geli. Okay wishlist lepas kahwin nak deactivate mana yang patut. Moga aku tak dapat suami yang suka selfie.
Dalam jemaah ni, kena buang sifat pentingkan diri sendiri.
Aku ja tahu penat.
Aku ja ada perasaan.
Aku ja tahu kecil hati.
Tak pernah terfikir letih orang lain.
Tak pernah kisah air mata orang lain.
Tak pernah mengira pengorbanan orang lain.
Hanya tahu sedapkan hati sendiri.
Hanya ingin puaskan nafsu di hati.
Hanya senang merehatkan diri.
Sayang, bertudung berpurdah berserban di kepala. Mengaku ukhuwah sesama saudara. Namun, akhlak tidak dijaga. Fardhi amal entah ke mana.
Benar, Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah. Mohon rujuk kembali surah At-Taubah. Kerana sesiapa yang tidak mahu memikul tanggungjawab ini, akan Allah singkirkan dengan mudah. Nauzubillahiminzalik. Moga Allah thabatkan hati kita semua. Amin Ya Rabb.
Ilmu datang bagaikan hujan
Cuma manusia daun keladi
Tidak ditatang bagaikan intan
Berlalu tersia tidak kembali