Wednesday, June 10, 2015

Nahnu Ansarullah!

Para petugas yang bekerja untuk islam mestilah memahami secara mendalam bahawa merekalah yang sebenarnya memerlukan Islam.
Sewaktu mereka bekerja, berjihad dan berjuang, bererti mereka bertindak membersihkan diri dan jiwa mereka sendiri di samping menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke atas mereka supaya mereka memperolehi ganjaran dari Allah di hari kiamat nanti, hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati menjadi bergetar kerana dilanda ketakutan ditimpa azab.
Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekalah yang rugi sekiranya mereka mundur dan berpaling tadah. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya (ganjaran) ia berjihad adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari 'alam semesta." (Al-Ankabut 29: Ayat 6)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu." (Muhammad 47: Ayat 38)
(Fathi Yakan - Apa Erti Saya Menganut Islam)

No comments: