Wednesday, June 10, 2015

Rawak

Hilang arwah cikgu dulu macam mati laki. Nampak kelibat kat mana-mana. Kadang-kadang nangis. Tapi cikgu cakap, " Akak atlet takleh nangis."
Sampai sekarang kadang-kadang teringat cikgu senyum. Tapi aku tak mampu senyum balik. 

He was my bestfriend, teacher, brother, father. And i lost him dalam sekelip mata. Kaku masa dapat berita tu. Berjaga dari pukul 3 pagi sampai esok hari. Pergi rumah arwah mata semua orang dah bengkak. Tapi aku ja macam masih percaya atau tidak.
Kenapa aku sedih sangat bila arwah cikgu meninggal? Sebab he taught me the meaning of family. Family pertama yang aku ada sebelum sekarang. Family yang takda talian darah. Memang dulu nangis macam mati laki. Sekarang pun. Wishlist tu kita buat kalau kita tak pernah ada sesuatu benda tu kan? And I really really wish for a happy family.

Somehow, I miss the old memories. Walau jahiliyah macam mana pun, ia tetap pengalaman yang mengajar aku erti 'kuat' yang sebenar sekarang. Dulu aku kuat jasmani, tapi rohani lemah. Sekarang terbalik, tapi still sado. Haha

Jodoh.
Cakap senang. Patutlah Allah cakap susah jaga hati. Memang susah. Susah nak let go.
Banyak sangat masalah hati. Kadang-kadang rasa, buang ja hati ni dari manusia. Then you won't feel anything. And I hope that I will walk the talk.

Hey, if you can't find anyone who can motivate or build you up, be the one. Then you won't be dependant. Bukan tak percaya orang, tapi rasa useless kalau perasaan sendiri pun aku tak boleh handle. Lepastu macam mana nak hadapi benda lagi besar? Kata pejuang Islam. Dosa tu bersepah. Faghfirli Ya Allah.


Ya Rabb, bring my focus back because I feel so distracted these days. Really. Mohon aku thabatkan niat. Moga kami thabat.

Sunday, June 7, 2015

Aci aci acu

Nazar kalau kahwin, nak deactivate twitter. Coz he will be my permanent twitter. Nasib la. Muahahahaha.

Wishlist ada banyak. Makanan, baju, kasut, beg, bilik, aksesori (dapur, bilik, ruang tamu, diri sendiri). Ibadah tu simpan sendiri la. Ingat nak buat bisnes. Tak la gah, tapi jalan. Contoh macam kraf. Tapi kena pikiaq lagi what kind of craft. Mungkin nak buat baju, atau makanan. Banyak pulak idea. Degree tak habih lagi oi.

Baru tahu rupanya hantaran kawin tu adat. Nampak tak ngeng kat situ. Macam mempapa mama kedanakan diri sendiri ja kalau buat hantaran kawin tapi orang lain makan kek hantaran. Lulz. Kalau nak buat jugak, aku nak mintak hantaran yang ada dalam wishlist. Pisang cheese satu!

Sunday, May 24, 2015

Malu

Orang sekarang ramai yang dah kurang malu untuk mempamerkan cerita di dalam selimut. Memang lumrah cerita conversation dengan suami, cerita macam mana dipujuk suami dan macam-macam lagi. Kenapa sebut suami ja? Sebab selalunya isteri yang buat macam tu.

Tag nama sini sana bukan main. Padahal laki duduk sebelah. Konon-konon sweet nak bagi satu dunia nampak. Dah kalau macam tu letak je la cctv dalam bilik. Si yahudi tu pun boleh tau apa warna cadar katil. Senang.

Geli geli dan geli. Okay wishlist lepas kahwin nak deactivate mana yang patut. Moga aku tak dapat suami yang suka selfie.

Friday, May 8, 2015

Sedar

Dalam jemaah ni, kena buang sifat pentingkan diri sendiri.

Aku ja tahu penat.
Aku ja ada perasaan.
Aku ja tahu kecil hati.

Tak pernah terfikir letih orang lain.
Tak pernah kisah air mata orang lain.
Tak pernah mengira pengorbanan orang lain.

Hanya tahu sedapkan hati sendiri.
Hanya ingin puaskan nafsu di hati.
Hanya senang merehatkan diri.

Sayang, bertudung berpurdah berserban di kepala. Mengaku ukhuwah sesama saudara. Namun, akhlak tidak dijaga. Fardhi amal entah ke mana.

Benar, Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah. Mohon rujuk kembali surah At-Taubah. Kerana sesiapa yang tidak mahu memikul tanggungjawab ini, akan Allah singkirkan dengan mudah. Nauzubillahiminzalik. Moga Allah thabatkan hati kita semua. Amin Ya Rabb.

Friday, May 1, 2015

Ilmu

Ilmu datang bagaikan hujan
Cuma manusia daun keladi
Tidak ditatang bagaikan intan
Berlalu tersia tidak kembali

Friday, April 24, 2015

Tinta rindu #1

Sesungguhnya Rasulullah itu diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kerana akhlak yang baik itu, menghasilkan syabab yang berwibawa, melakar akhlak muslimah sejati. Kerana akhlak yang baik itu memanusiakan manusia.

Masih ingat seorang wanita buta yang memeluk Islam kerana baginda? Tidak lupa bukan pada kisah buah limau yang membuktikan kemuliaan akhlak kekasihNya?

Lalu di mana engkau campak akhlak mu wahai pejuang Islam? Usah sirna agama Allah ini dengan bicara kesatmu.

Mukmin itu diamnya fikir, bicaranya zikir. Ayuh baikkan diri, dan juga orang lain :)

Jadilah ahli jemaah yang berilmu, dunya wal akhirah. Tidak wajib semua, harus tahu. Perhitungan kemudian, usaha dahulu. Simpul ilmu di sanubari, bukan hanya bermegah di hujung jari.