Kenapa kita kurang mengingati Tuhan? Sebab banyak fikir tentang diri sendiri. Nak orang tau kita tengah sedih, nak bagitahu satu dunia kita tengah marah, kecewa. Sedangkan perasaan dan nafsu itu sendiri permainan syaitan. Dari situ lahir mogok, tunjuk perasaan dan sebagainya. It really shows how weak your heart is. Kebergantungan kepada perasaan dan akal semata melangkaui kasih sayang Pencipta itu sendiri.
Bagaimana tentera Islam pada zaman dahulu yang bilangannya sedikit, latihannya kurang namun mampu mengalahkan beribu tentera kafir yang pada logik akalnya sangat ampuh untuk ditumbangkan. Sejarah melakar ketabahan seorang Bilal bin Rabah yang hanya berpaksikan kalimah 'Ahad'. Thabat mujahidah Sumaiyah yang bertunjangkan setitis kebenaran dari yang Esa. Kerana kekuatan mereka bukan pada fizikal, tetapi pada hati. Sedangkan secebis hati umat sekarang yang jika dijentik, layu terkulai mencium bumi.
"Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)
Air mata itu, kerana takutkan Allah atau menangkan amarah?
No comments:
Post a Comment