Kenapa kita kurang mengingati Tuhan? Sebab banyak fikir tentang diri sendiri. Nak orang tau kita tengah sedih, nak bagitahu satu dunia kita tengah marah, kecewa. Sedangkan perasaan dan nafsu itu sendiri permainan syaitan. Dari situ lahir mogok, tunjuk perasaan dan sebagainya. It really shows how weak your heart is. Kebergantungan kepada perasaan dan akal semata melangkaui kasih sayang Pencipta itu sendiri.
Bagaimana tentera Islam pada zaman dahulu yang bilangannya sedikit, latihannya kurang namun mampu mengalahkan beribu tentera kafir yang pada logik akalnya sangat ampuh untuk ditumbangkan. Sejarah melakar ketabahan seorang Bilal bin Rabah yang hanya berpaksikan kalimah 'Ahad'. Thabat mujahidah Sumaiyah yang bertunjangkan setitis kebenaran dari yang Esa. Kerana kekuatan mereka bukan pada fizikal, tetapi pada hati. Sedangkan secebis hati umat sekarang yang jika dijentik, layu terkulai mencium bumi.
"Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)
Air mata itu, kerana takutkan Allah atau menangkan amarah?
Wednesday, November 25, 2015
Sunday, November 22, 2015
Dosa : Ujian atau nikmat?
Nikmat. Hanya baik-baik, hanya yang indah-indah yang kita akan bayangkan. Seumpama menggapai sayap gemawan jika nikmat idaman mampu dicapai. Umpama bulan jatuh ke riba, lupa resah bergayut di jiwa. Ujian. Tak ramai yang suka, tidak kurang juga yang menduga. Apakah yang Tuhan cuba tunjukkan, andai sayang menjadi ukuran?
Sedari diri, kurang mensyukuri. Barang sejenak, fikiran menjalar mencari hikmah Yang Esa. Di balik tirai nikmat, tersembunyi ujian dan begitu juga sebaliknya. Lantas, aku bermuhasabah dan bersangka baik padaNya. Ya, kedua-duanya hadiah buat kita yang leka. Anugerah buat mereka yang alpa. Bayang-bayang dosa yang sentiasa mengiringi, namun masih diberi peluang untuk mendekatkan diri padaNya.
Biarkan titisan dosamu terbias ditelan masa. Rebahkan ego di hadapan Allah demi menggarap mardhatillah. Guliran waktu dibiar berlalu membiarkan Tuhan mengambil alih tugas merawat luka di kalbu. Nikmat berbentuk ujian itu ternyata lebih perit daripada ujian berbentuk nikmat. Lalu nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan?
Yuk, berubah.
Subscribe to:
Posts (Atom)